Tuesday 30 July 2013

Grounded Theory Troubleshooting Seminar New York Day 1 (19.10.12)

Grounded Theory Troubleshooting Seminar Day 1

Alhamdulillah. Semua bermula dengan baik pagi ini dengan kehadiran ramai peserta. Hopefully dengan redha Allah saya dapat mengikuti bengkel ini dengan baik.

Agenda 1
Berkenalan. 
-jillian
-andy lowe
-frost
-judith holton
-michael thomas-st john university


Can't record..
-use your head, try to use potential of your brain.
-getting a phd a significant value in your live. Social value.

Kuliah Barney
Remain open to do a research. Analyst what is going on 
-helping to get a phd
-inspired utk apa yang perlu dibuat.
-bit of help to do a phd and langkah seterusnya
-empowerment
-networking
- jargonizing-what is jargon
-grounded theory dtg dari gt.
-bina keyakinan supaa boelh buat. Jangan pisang pasal confusing and confusion
-gt is learning as experiential, veri experiential
-new way of thinking
-feeling of autonomy and confidence.squeeze like orange. Perah macam oren
-to realization femomena
-preconceived process. When issues wake up doing memos
-memo comes first
-kita tak sedar kita belajar hingga kebenaran teserlah.
-use a data and coceptualized. Is about concept. Not about story. 
-any changebale concept. Konsep berlainan. 
-banyak sangat vaiables yg keluar so kita kena compare dengan mata terbuka.
-interrupting. Bila temubual kena interrupt on konsep baru semasa ia bercakap. Higher conceotual level..kena interrrupt sellau confirm balik konsep. 
-tak ada soalan yang bodoh. Semua soalan ada kaitan dengan apa yang ada dalam kepala. Jangan bimbang nak tanya. Tak ada soalan yg teruk.
-jangan bimbang confius kerana kunci kepada preconcenceived
-jangan bimbang overloaded.
-taget utama nak dapat phd.
-gt is study about concept
-bukan description
-name a latent pattern. Who are you. Name?
-looking conceptualization become clear
-belajar sama-sama
-finish a resrach and publish it.
-banyak orang buat deskripsi tapi bukan gt. kita kena buat concept.
-conjecture concept with crazy out of the bloom.
-buat konsep sebab dia powerful.
-high impact dependable variables.
-toning.kena cari benda ni..
- atmosphere to be open. Mutually confess
-nak berpeluh ke nak aircond. Konsep.
-beware of late lesson
-naturally..normally..routine basic mobility research bmr doing it normally. Normally has a human been
-originality
- lepas dah buat grounded throry baru cari relevant literature.
-autonomys..satu element dalam gt atau autonomi to do gt
-sociology press..discovery sgt laku tapikumpulan salah..
-talk to people who buy it.
-bukumurah tapi nak distribute yg mahal.peer review. 
-funding the institute.

Sesi ke-2
-all is data. Apa jenis semuanya data.
-kena tengok pattern dia utk buat konsep.
-figure out the data ..know the data well.
-beagle..cari..
-kena conceptualiza
-kena letak pattern. Kena conceptualiza. Then realiza what the data is. Experiential skills development methodology..
-ia proses pembelajaran berterusan. Kena sentiasa buat.
-kena develop skills
-performance anxiety..konsep untuk belajar gt.
-frest start new ideas and category..
-Is ascent product..never be perfect..finish what are doing and think next. Don't stop.
- good gt must published it. People they can critic it.
-jangan bimbang kalau tak clear. Kena sentiasa cuba faham dan dpt jadigraet person. High level social structure people.
-skills development methodology. 
-the more you do the more you get up.
-is a general methodology. Quanty and qualy. Tengok lantern pattern.
-naming lantern pattern.
-verification. Kena banyak buat interview.
-theoretical codes..supernormal.desisting..theoretical way to do substantive codes..organizing the book.
-kena falsafahkan setiap benda melalui higher concept.
-kena tentukan data yang kita ada. Constructionist..positivism or objectivism..
-generalization..do it naturally in regular live. Compare on thing and another.
-proven empirically concept talk about reality..
- is hard to start incident concept. Interchangeable concept..constant comparative. See the pattern over and over again..to make sure a you do.
-hyphotetical..super normalizing..like skiing hurt and not hurt..
-paul lazersfield bagi pengaruh  semasa di columbia uni kat barney. empirical reference. Elaboration analysis. Residual 

Hari ke-2
-social structure power
-very fast
-social structure
-from nothing to big thing.
-autonomy, 
-you can tell anybody anything
-use your own benefit
-stay open until emergence through pattern

Tuesday 16 July 2013

Gambar Proses Penyelidikan


Memo: Model dan Dimensi Proses Sosial Asas Latihan Perantisan



 Proses pembentukan kemahiran boleh dirumuskan seperti fasa berikutnya. Proses ini melibatkan proses  penggantunggan pelatih kepada pengajar berubah kepada pelatih berkemahiran dan mampu menyesuaikan diri dengan kemahiran baru. Kemahiran ini akan terus digunakan apabila pelatih bekerja kelak dan proses pembelajaran di tempat kerja juga menyerupai proses pembelajaran di ILPKL.


1.1.1      Fasa Kemasukan

Fasa ini melibatkan fasa awal dimana pelatih memilih ILP sebagai tempat untuk menyambung pengajian di dalam bidang yang diminati. Pada peringkat ini terdapat beberapa kategori pelajar iaitu masuk dengan minat, masuk dengan mengikut kawan, masuk akibat desakan ibu bapa. Pada peringkat ini, wujud juga pelatih yang masuk bukan program yang dipilih disebabkan tempat yang ditawarkan terhad, namun disebabkan oleh minat yang mendalam untuk belajar maka pelatih tersebut perlu menerima keadaan tersebut seadanya. 

1.1.2      Fasa Penerimaan

Fasa kedua pula, saya mendapati bahawa pelatih bersedia untuk belajar dan berubah berdasarkan kemahuan mereka sendiri. Pelatih menerima hakikat bahawa beliau sudah belajar di ILP dan membentuk hubungan dengan kawan-kawan baru. Pada peringkat ini pelatih bersedia untuk menerima sesi pembelajaran bagi menambahkan pengetahuan dan kemahiran. Pelatih juga menerima hakikat bahawa persepsi awal mereka mengenai ILP berbeza dan menerima keadaan tersebut. 

1.1.3      Fasa Penyesuaian

Pada fasa ini, pelatih menyesuaikan diri dengan dengan suasana pengajaran dan pembelajaran. Pelatih telah berjaya menyesuaikan diri dengan kawan-kawan baru dan juga boleh mengadaptasi dirinya dengan suasana pembelajaran. Semasa proses ini pembelajaran kooperatif sudah bermula kerana pelatih sudah mula memilih kawan-kawan yang serasi dengan dirinya sebagai kawan belajar. Pergerakan di dalam ILP kebanyakan mengikut kawan yang telah dipilih. Pelatih telah berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan ini. 

 1.1.4      Fasa Perubahan Tingkah laku

Pada peringkat ini, pelatih menerima proses pembelajaran kemahiran sebagai suatu proses rutin di dalam kehidupan sebagai pelatih. Pelatih sudah mula menerima suasana pembelajaran seperti suasana industri hasil penekanan oleh pengajar mengenai situasi industri yang sebenar. Pelatih yang berjaya mencapai fasa ini yakin dengan kemampuan dirinya mengadaptasi suasana pembelajaran di ILP ke industri. 

1.1.5      Fasa Kemahiran untuk pekerjaan

Fasa akhir adalah dimana pelatih menerima hakikat bahawa kemahiran yang dipelajari adalah untuk memudahkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Justeru itu apa juga input pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan dikaitkan dengan pekerjaan di industri kelak. Mereka menyedari apa yang majikan mahukan daripada mereka adalah pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran serta mempunyai ciri-ciri pelatih yang berkemahiran tinggi pada tahap mereka. 


Sunday 17 February 2013

Model Latihan Perantisan

Alhamdulillah..

Kutipan data setakat ini telah mencukupi untuk menghasilkan model yang menggunakan grounded theory sebagai kaedah penyelidikan. Secara asasnya model ini mengandungi proses pembentukan pekerja berkemahiran di ILP. Hasil kajian menunjukkan bahawa kategori utama yang wujud adalah cultivating learning ataupun dipanggil pemupukan pengetahuan.

Konsep pemupukan pengetahuan ini ialah satu konsep dimana pengetahuan baru dipelajari melalui proses pembelajaran secara terus daripada pengajar di ILPKL. Pelatih akan mempelajari sesuatu kemahiran daripada pengajar secara bersemuka samaada secara individu, ataupun berkumpulan. Pengajar akan menunjukkan cara atau demonstrasi sesuatu tugasan dilakukan dan pelatih akan melakukannya berdasarkan apa yang dilihat dan dipelajari. Semasa proses ini berlaku pelatih akan menggunakan segala deria yang ada bagi memahami sepenuhnya pengajaran dan kemahiran yang ditunjukkan oleh pengajar. Semasa proses pemupukan pengetahuan ini berlaku pelatih juga akan melalui proses yang dipanggil pengekalan.

Konsep pengekalan adalah dimana suatu konsep pelatih akan cuba mengekalkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari melalui perkongsian dengan kawan-kawan dan juga melalui latihan berterusan. Proses pengekalan juga akan berlaku di kelas di mana pelatih pada setiap hari akan menjalankan tugasan berdasarkan pembelajaran hari tersebut dengan menggunakan kemahiran sedia ada yang dipelajari sebelum ini dan menambah pengetahuan dan kemahiran baru melalui konsep seterusnya iaitu konsep peningkatan pengetahuan.

Pada peringkat konsep ini pelatih akan mendapat maklumat baru yang bukan sahaja menambah kemahiran sedia ada malahan juga mengukuhkan maklumat atau pengetahuan sedia ada. Proses ini akan menjadikan pelatih sentiasa mengekalkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menyediakan diri mereka menjadi seorang pekerja yang berkemahiran sesuai dengan peringkat pembelajaran mereka. Konsep peningkatan pengetahuan ini akan diteruskan setelah pelatih menghabiskan latihan di ILPKL sebelum pergi ke latihan industri yang menyediakan cabaran kerja sebenar. Ia menyediakan medan pengaplikasian segala teori dan amali yang dipelajari dan diterjemahkan dalam bentuk kebolehan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh majikan. Pada peringkat ini pelatih akan diuji dengan kebolehan mereka mempraktikkan apa yang dipelajari di ILP. Namun demikian, sesuai dengan tujuan utama latihan industri iaitu menambah kemahiran sedia ada dan juga mengukuhkan kemahiran tersebut proses di atas akan berulang sekali lagi.

Berdepan dengan suasana berbeza di industri menuntut pelatih untuk mempelajari maklumat dan kemahiran baru, mengekalkan kemahiran sedia ada dan kemahiran baru tersebut dan melaksanakan setiap tugasan yang diberikan dengan baik.

Tuesday 29 January 2013

Memo Pertemuan dengan Dr Andy Lowe

Alhamdulillah pada 13-16 Januari 2013 yang lepas saya telah ke Bangkok untuk menemui Dr Andy Lowe berkaitan dengan kajian PhD saya. Dalam pertemuan singkat yang pernuh bermakna itu, beliau telah memberi beberapa idea yang membantu memproses dan menganalisis data Phd saya. Beliau menekankan kepada proses pengekodan substantif yang lebih penting berbanding pengekodan terbuka. Beliau memberi contoh beberapa konsep yang perlu difahami dalam memberi makna kepada kemunculan teori yang dikaji. Contoh yang diberikan adalah Tune Hotel dimana kita membayar dengan harga yang murah namun terpaksa membayar setiap perkhidmatan tambahan yang kita perlukan. Beliau menekankan konsep nikel in the dyme. Satu konsep yang saya sendiri pun tidak faham.

Pembentukan konsep dalam Grounded Theory memerlukan kita memasukkan konsep yang kita terokai dan muncul dalam tajuk kajian Phd kita. Conthnya konsep cultivating..konsep dynasting..konsep cultivating recognition..dalam kajian saya, saya mendapati konsep awal yang saya bentuk iaitu learning transfer perlu berubah. Apabila saya ke New York berjumpa dengan Dr Barney Glaser beliau mencadangkan perkara yang sama iaitu lebih besar daripada learning transfer. Sehubungan dengan itu, saya mencari konsep yang sesuai dengan kajian saya. Setelah menerokai konsep dan data temubual serta pemerhatian saya mendapati konsep cultivating learning adalah konsep yang sesuai. Kenapa saya memilih konsep tersebut..

Apabila saya menjalankan temubual awal pada Mei 2012 saya mendapati pelajar masuk ke ILPKL adalah bertujuan untuk mendapatkan cara mudah mendapatkan pekerjaan. Kenapa saya katakan cara mudah mendapat pekerjaan, ini adalah kerana semua daripada mereka bersetuju bahawa mereka masuk ke ILP disebabkan kemahiran yang mereka ada atau dapati di ILP akan memudahkan mereka mendapat pekerjaan. Semua ini mereka dapati daripada pengalaman kawan-kawan mereka yang mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat dari ILP.  Justeru dalam mendapatkan kemahiran tersebut mereka berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin kemahiran daripada proses pembelajaran di ILP dengan bantuan pengajar, pentadbir, disokong ibu bapa dan dengan izin Allah. Dalam usaha tersebut mereka menghadapi pelbagai cabaran antaranya adalah kemudahan infrastruktur pembelajaran bermasalah seperti mesin rosak, pusat sumber yang kurang bahan, dan juga cabaran dengan kerenah pengajar. Namun mereka mengatasi masalah tersebut dengan berkongsi peralatan, mencari bahan di internet dan juga berusaha untuk mempelajari sebanyak mungkin ilmu daripada pengajar.

Setelah cabaran tersebut dihadapi mereka harus mengekalkan kemahiran yang ada untuk melakukan projek akhir pada setiap semester. Semasa projek akhir ini, semua kemahiran yang telah dipelajari akan digunakan sebaik mungkin bagi menyiapkan semua projek yang diberi.  Konsep ini saya istilahkan sebagai konsep maintaining atau pengekalan. Konsep pengekalan memerlukan mereka mengekalkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari bagi digunakan semula untuk menyiapkan projek. Selain itu, mereka juga memerlukan kemahiran tersebut untuk pekerjaan iaitu cabaran sebenar selepas belajar.

Sunday 23 December 2012

Model Latihan Perantisan ILP

Model yang dibentuk adalah menggunakan kaedah grounded theory ini adalah gabungan kod-kod yang dianalisis daripada transkrip yang dibuat. Saya melakukan proses transkripsi sebaik sahaja selepas temubual untuk memastikan saya tidak ketinggalan kod dan data yang penting untuk sesi temubual seterusnya. Proses dimulakan dengan melaksanakan pengekodan substantif iaitu  pengekodan terbuka, dan pengekodan memilih. Setelah proses pengekodan ini selesai, pengekodan seterusnya adalah pengekodan teoretis di mana saya telah mencari kod-kod yang berkaitan dalam literatur yang telah dikumpul berkaitan dengan sistem latihan perantisan dan juga pendidikan teknikal dan vokasional umumnya. Pengekodan teoretis adalah gabungan proses pengekodan memilih dan tinjauan literatur atau dalam erti kata lain ialah mencari literatur bagi mengukuhkan dapatan.

Menurut Glaser (2012), grounded theory menuntut pengkaji mencari dimensi atau pembolehubah yang terlibat dalam proses sosial asas (basic social process) yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku. Dalam konteks kajian ini, saya mendapati bahawa proses sosial yang berlaku adalah pelajar di ILP memilih untuk memasuki ILP adalah disebabkan pengalaman mereka bergaul dengan lepasan ILP yang  mudah mendapat pekerjaan selepas tamat latihan perantisan. Untuk memastikan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat belajar mereka melihat kepentingan untuk mendapatkan apa jua kemahiran berkaitan pekerjaan kelak.  Justeru itu, saya melihat kemahiran untuk pekerjaan sebagai 'main concern' mereka belajar di ILP.

Bagi membantu mencapai hasrat tersebut, pelajar-pelajar tersebut harus memenuhi beberapa faktor terlebih dahulu iaitu memenuhi konsep hubungan dengan rakan-rakan lain, hubungan dengan pensyarah dan pentadbir,  hubungan dengan ibu bapa, dan dapatan kajian saya menunjukkan hubungan dengan Allah juga membantu mereka mencapai 'main concern' mereka. Konsep hubungan yang disebutkan ini akan dibantu oleh beberepa konsep lain sebagai sistem sokongan iaitu motivasi, minat, disiplin, rajin, menepati masa, menghormati orang yang lebih berpengalaman. Konsep ini akan berubah apabila mereka bekerja dalam suasana sebenar tetapi masih melingkungi konsep yang dipelajari di ILP. Konsep hubungan dengan pensyarah dan pentadbir akan berubah kepada hubungan dengan penyelia dan juga majikan. Ini kerana hubungan dua hala yang baik akan membantu pelajar tersebut sebagai pekerja yang baik, malahan juga mendapat peluang dan ganjaran yang lebih baik seperti, kenaikan gaji, kemudahan latihan di dalam dan luar negara dan sebagainya.

Wednesday 10 October 2012

Memo Pemerhatian

Alhamdulillah, perjuangan diteruskan dengan pemerhatian yang dilakukan di bengkel pemesinan am, bengkel kimpalan dan pra cetak. Pemerhatian menunjukkan beberapa perkara penting dan mengesahkan juga beberapa perkara penting. Antaranya adalah pelajar belajar secara berkumpulan untuk taklimat awal dan teori sebelum melakukan kerja secara individu selepas diberi taklimat. Pelajar akan melakukan kerja menggunakan mesin secara sendiri dengan bimbingan pengajar. Selain itu, pelajar juga berkongsi ilmu dan kemahiran dengan pelajar lain bagi menambah nilai dan kemahirannya. Pelajar juga mahir menggunakan mesin yang digunakan. 

Susun atur bengkel sebagaimana yang dilihat sebelum ini mengesahkan bahawa, ilpkl memang menyediakan kemudahan mirip kepada apa yang ada di industri. Ini akan memudahkan pelajar menyesuaikan diri dengan budaya kerja diindustri. Langkah keselamatan diutamakan dengan semua papatanda disediakan untuk mengingatkan pelajar mengenai langkah keselamatan yang perlu diutamakan. Pelajar belajar dengan bantuan pengajar, dengan kerjasama rakan-rakan bengkel dan akhirnya mendapat kemahiran yang diperlukan.